Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Julai 2013

Kementerian Belia dan Sukan mempelawa mereka yang berminat dan layak untuk memohon belajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di seluruh negara bagi pengambilan Sesi Julai 2013. Ini bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.

Bidang Pengajian

Di IKBN, pelajar-pelajar boleh memilih bidang-bidang pengajian seperti berikut :

  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Tekstil
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Makanan
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Personal
  • Teknologi Sukan

Syarat Permohonan

Senarai program yang boleh dipohon dan syarat kemasukan yang ditetapkan adalah berdasarkan kelulusan pemohon.

Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke TEVT & ILKA.

Cara Memohon

Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) bagi pengambilan sesi Julai 2012 perlu dibuat secara online melalui UPU di Permohonan Kemasukan KeĀ  Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2013 / 2014

Tarikh Tutup

Tarikh tutup Permohonan kemasukan ke IKBN / IKTBN sesi Julai 2013 adalah 15 April 2013.

Pertanyaan

  • Di samping itu sebarang pertanyaan boleh menghubungi KBS melalui talian berikut 03-8871 3682/ 3513/ 3680/ 3685/ 3651.
  • Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan melalui UPU boleh menghubungi UPU melalui Talian Hotline 03 8870 6767 atau Talian Am 03 8870 6755/ 6766 atau e-mel : upu@mohe.gov.my atau layari laman web UPU.

Rujukan lanjut di http://www.kbs.gov.my/